Pengasuh zalim, biarkan bayi lapar tanpa diberi minum susu

Salam..sy cuma nak meluahkan rasa kecewa sy terhadap pengasuh anak sy baru2 ni. Diharap kepada para pengasuh, jgn la jadi macam ni..tolonglah ikhlas, jujur dan amanah dalam mengasuh. 
Ceritanya begini, sy terdesak nak cari pengasuh sbb nak mula keje 1hb 8 ni di tempat baru, jadi muncul la sorang hamba Allah ni, bagitau die boleh mengasuh dan bagi macam2 janji manis smpai sy setuju untuk ambil die jd pengasuh anak. Mula hari isnin, seharian sy tak tengok anak sbb busy kerja..hantar pagi, ambil petang..dari balik petang anak sy meragam je, lepas berak baru ok. Mungkin die sakit perut.

 Sy mula curiga bila tengok tahi die macam tahi bayi yg dah mula makan(6 bulan ke atas), padahal anak sy baru 4 bulan. Esoknya (hari selasa) waktu rehat sy terus pergi rumah pengasuh untuk tengok anak. Sangat2 terkejut bila tengok anak dalam buai auto yg dipasang maksima, dan anak nampak sangat lapar. Sy terus berhentikan buai dan angkat anak..dia menangis meraung sbb trlalu lapar, sampaikan merajuk taknak menyusu. Sy tak pasti mungkin sakit perut nk berak. Untuk makluman, anak sy tak pernah macam tu, paling kuat menangis skejap sebab lapar dan ngantuk..lepas dpt apa yg die nak, die tidur lena..

Jadi, sy tanya pengasuh tu, anak dh menyusu ke belum? Dia jawab susu dah panas tp belum bagi sebab tengok anak dh tidur balik.. sy minta susu yg dipanaskan. Sekali lg sy terkejut. Setiap botol yg diasingkan, die dah campur sekali jadikan sebotol. Susu frozen & chilled dicampurkan! Nak tanya pd mummy semua, bayi hisap susu sampai 5-6oz sekali minum ke dalam tempoh 4-5jam?? Anak sy, sy kenal die..sebab tu sy siap asingkan susu untuk dipanaskan dan untuk sekali minum je.

 Sy tengok baki susu, sy dah tahu, anak sy memang tak minum susu yg diberi dari pagi sy hantar tu. Betapa marah, kecewa, sedih, bila pengasuh macam ni, nak keje mudah je, biar anak tidur tanpa menyusu asalkan budak tu diam. Prinsip apakah??? Seperkara lagi, sy hidu baju anak, bau nestum/cereal. Mungkin diberi makan makanan tersebut untuk anak tahan dari pagi sampai tengah hari tak menyusu. Ya Allah, anak 4 bulan, ibu sendiri pun tak bagi makan lg walau secalit puri sekalipun.

Sy terus ambil anak dan bawa balik dengan bagi alasan, lepas waktu rehat akan hantar semula. Sy terus bawa balik ke rumah dlm keadaan die meraung tu. Suami sy ada dirumah, dan die pun pelik kenapa anak macam tu..sebelum ni tak pernah langsung macam tu. Sy cerita pd suami, suami terus arahkan tukar pengasuh. Patut la pada asal sy berat hati nak hantar anak pd pengasuh ni, dan waktu rehat tadi tergerak hati nak tengok anak.. Rupanya Allah nak tunjuk.. Mujur baru sehari setengah anak dengan pengasuh tu. Ya Allah, sungguh tak terduga... 

Habis waktu rehat, sy terpaksa masuk keje semula tapi sy tak nak dah hantar anak pd pengasuh tu. Kepercayaan sy dah hilang, kemarahan membuak2.. Sy tahu, die memang bagi anak sy makan nestum/cereal, sebab baby susu badan takkan tahi melekit, tukar warna dan berbau..bahkan takkan berak setiap hari. Akhirnya, ada seorang pengasuh yg sy kenal dan memang sangat2 baik.. Sebelum ni sy tak ambil die untuk jd pengasuh anak sebab rumah kami jauh2.. Tapi keadaan memaksa, sy minta tolong dia untuk jaga anak sampai sy balik keje. Sampai harini, sy terus jadikan beliau pengasuh anak sy. 

Alhamdulillah, jagaan beliau sangat bagus..anak tak diajar buai, dan setiap masa update sy berkaitan anak. Cuma sy terpaksa berkorban sikit, keluar rumah awal sejam untuk hantar anak ke pengasuh sebelum masuk keje.
Dalam serabut fikir, sy bersyukur diberi gerak hati awal, untuk tak hantar anak ke pengasuh tu lagi.. Cukup sehari setengah anak sy didera begitu.

Ya.. Anak sy ni memang anak sulung, dan sy ibu muda..tp tak bermaksud sy bodoh. Itulah gunanya ilmu, supaya kita bijak dan tidak mudah diperbodohkan. Dan kepada akak pengasuh tu, maaf sy dah hilang hormat dan awak bersedia untuk tindakan seterusnya.. Mohon akak baca luahan hati sy ni.
Kepada pengasuh2 di luar sana..tolonglah jadikan iktibar, buat kerja dengan ikhlas, amanah..jangan la sambil lewa, dan nak senang..