Sebanyak RM10,000 telah dibelanjakan demi memberi keselesaan kepada 11 beranak di Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai, Sabtu lalu.
Bahagian Khidmat Masyarakat Jabatan Ketua Menteri Melaka, telah mengadakan aktiviti gotong-royong dan membaiki rumah tersebut.
Bagi membersihkan rumah yang dipenuhi sampah dan pakaian yang tidak berbasuh menyebabkan bau busuk dalam masa sehari telah melibatkan 70 sukarelawan.
Tiga lori digunakan untuk memgangkut sampah dan barangan yang tidak boleh digunakan ke tapak pelupusan. Berdasarkan sumber, dapur rumah itu antara bahagian rumah paling teruk terjejas dengan sampah dan pakaian kotor dilonggokkan begitu saja selain pinggan dan periuk tidak dibasuh selepas digunakan. Penghuni rumah berkenaan, Siti Norenliriana Mohd Fakeri, 30, yang juga ibu tunggal berkata, dia tinggal di rumah itu bersama lima anak berusia lima bulan hingga 11 tahun serta bapanya, Mohd Fakeri Othman, 57, dan adik-beradik lain.
Tambahnya, akibat tidak ada kesepakatan dalam kalangan adik-beradik, rumah tempatnya berlindung kini tidak terurus. “Saya tinggal di rumah ini sejak tiga tahun lalu selepas berpindah daripada rumah sewa di Limbongan. Meskipun jumlah penghuninya 11 orang, tapi sikap ambil mudah yang lain menyebabkan saya tak larat nak kemas rumah dan jadi begini (terlalu kotor),” katanya. Menurutnya, selain bergantung kepada bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bapa yang bekerja sebagai pembantu di sebuah pasar awam di negeri ini dengan pendapatan RM1,500 sebulan turut membantu menyara kelima-lima anaknya.
"Dia seboleh-bolehnya mahu bekerja dan berusaha menyediakan kediaman lebih baik untuk kelima-lima anaknya, namun kehadiran bayi perempuan lima bulan dan anak lain masih kecil membataskan hasratnya. “Sebelum keadaan dapur jadi begini (terlalu kotor) saya kerap memasak, tapi sekarang harapkan ayah belikan makanan untuk isi perut kosong saya dan anak-anak dan untuk berjimat cermat, kami makan sekali sehari saja,” tambahnya lagi.
Jelasnya, masalah rumah itu mendapat perhatian guru tiga anaknya yang kemudian mengadukan perkara terbabit kepada Bahagian Khidmat Masyarakat Jabatan Ketua Menteri Melaka sebelum tindakan segera diambil untuk membersihkannya. “Pada mulanya guru datang ke rumah untuk tanya khabar tiga anak yang sudah sebulan tidak ke sekolah atas alasan kerap dibuli rakan. Namun, selepas melihat keadaan rumah kami yang amat teruk, guru terbabit merujuk masalah ini kepada JKM.
Dalam masa itu, Pengurus Besar Bahagian Khidmat Masyarakat Jabatan Ketua Menteri Melaka, Abd Razak Abu yang melawat kediaman berkenaan berkata, gotong-royong membersihkan kediaman 11 beranak itu dibantu ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta UMNO cawangan Paya Lebar.
Sumber - Harian Metro