Di negara China, "Teambuilding" mereka diisi dengan aktiviti yang pelik-pelik


Sudah pasti bagi yang bekerja pernah menghadiri "team-building". Tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan antara pekerja dan juga bos. Tetapi di China (yang pelik2 je mesti dari China kan?) makna "team building" mungkin memberi maksud yang berbeza. 

Kakitangan lelaki di sebuah syarikat yang tidak dikenali di China telah diarahkan untuk makan buah anggur yang tergantung di luar dada perempuan rakan sekerja mereka secepat yang mungkin sambil tangan mereka diikat ke belakang. 

Klip video yang dimuat naik ke laman sosial Weibo dan mendakwa aktiviti ini diadakan adalah untuk meningkatkan persahabatan antara rakan-rakan sekerja. Sure ke ni? 


Dalam rakaman video tersebut pekerja wanita dilihat memakai rantai dengan buah anggur tergantung di luar dada pekerja wanita tersebut, manakala pekerja lelaki pula cuba memakan buah anggur dengan tersipu sipu malu. 

Di penghujung video tersebut semua pekerja nampak gembira dengan "team building" tersebut. Ok. Jangan korang suggest game ni masa "team building" syarikat korang dah la ye. Ada yang makan penampar nanti.