Kenyataan media yang dikeluarkan oleh UM hari ini menegaskan bahawa, pihaknya tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Encik Azizan Osman.
"Kami tidak pernah menganugerahkan gelaran tersebut kepada Encik Azizan Osman. Semoga penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat berkaitan dakwaan tersebut," kata kenyataan itu.