Kisah mengenai Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V turun padang seorang diri membantu mangsa banjir tanpa sebarang "protokol rasmi" menyebabkan beliau dipuji rakyat di negeri itu.
Gambar Sultan Kelantan itu yang memandu sendiri kereta pacuan empat rodanya meredah banjir, kemudian turun ke pusat penempatan kini tersebar luas di laman sosial...
Memetik entri daripada pengguna laman Facebook Suria Zamri, kelibat baginda "seperti orang biasa" membantu mangsa banjir menyebabkan ramai yang tidak menyedari kehadirannya...
"Baginda datang tanpa wartawan,,, tanpa kamera,,, tanpa publisiti, ,,,pandu kereta sendiri mengharung banjir untuk melihat rakyatnya...
"Sewaktu banjir, beliau turut sama membantu kerja-kerja menyelamat sehingga orang tidak sedar itu sultan mereka," katanya sepertimana dipetik daripada laman Facebooknya...
Kata Suria, baginda Sultan juga tidak mempedulikan protokol dan berlagak biasa bersama rakyat...
"Baginda juga menerima arahan daripada seorang Mejar. Sewaktu berhenti rehat,,, beliau turut minum dalam cawan polisterin dengan petugas, dan tiba-tiba beliau disapa," katanya...
Suria berkata Sultan Kelantan itu hanya tersenyum apabila ada yang menegur menyatakan beliau iras wajah Sultan mereka...
"Setelah menyedari yang disapa itu benar Sultan, kecut perut orang itu meminta maaf kerana tidak tahu yang beliau ialah Sultan...
"Beliau hanya tersenyum malah memeluk orang itu... Tergamam Mejar yang ada dekat situ. Langsung tak reti nak bagi arahan (seperti) semasa mula-mula tadi," katanya...
Beberapa pengguna Facebook dalam komen mereka terhadap entri itu, seperti Sheila Jamal berkata: "iya ada terima dalam Whatsapp, terharu sangat."
Asmak Ismail berkata: "Hebat tuanku Sultan Kelantan."
Terdahulu, titahnya dalam teks yang diedarkan kepada media,,,baginda berkata mahu seluruh rakyat menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait dengan perbuatan manusia...
Titah baginda, rakyat perlu bermuhasabah dengan apa yang dilakukan selama ini dan perlu memperbaiki kesilapan yang dilakukan...
"Marilah kita menghulurkan tangan persahabatan dengan alam sekitar dan marilah kita sedar bahawa segala macam musibah bencana dan malapetaka yang terjadi semua itu akibat daripada olahan tangan-tangan kita."
Titah baginda, ujian yang dialami ketika ini bukan masanya untuk saling menyalahkan sesama sendiri...
Baginda turut mengucapkan takziah kepada rakyat Kelantan yang terjejas banjir dan berharap mereka menerima ketentuan Allah itu dengan penuh berlapang dada...
"Banjir yang berlaku ini ialah sebahagian daripada qada dan qadar Allah... Hal ini harus diyakini dan diimani," titah baginda...