Panaskan kenderaan sebelum bergerak, lihat apa kata pakar ?

Aktiviti memanaskan enjin kereta anda sebelum memandu sebenarnya tidak diperlukan lagi. Kereta hari ini mempunyai sistem prestasi didorong komputer yang mampu mengimbangi suhu luar dan enjin yang masih sejuk. Anda boleh mula memandu selepas hanya beberapa minit enjin berjalan pada waktu pagi atau selepas kereta telah terbiar beberapa jam. Boleh difahami kebimbangan bapa-bapa kita tiap pagi berkenaan aktiviti memanaskan enjin, tetapi teknologi hari ini telah menghapuskan keperluan tersebut. Usah risau, kami akan terangkan mengapa.
Kereta lama perlu dipanaskan sebelum memandu kerana beberapa sebab:
  1. Sistem penghantaran bahan api primitif (karburator);
  2. voltan rendah, tiada sistem pencucuhan yang boleh menyesuaikan voltannya sendiri (didorong oleh sistem komputer;
  3. minyak pelincir yang kurang bermutu.
Mari kita lihat pada setiap yang di atas dengan lebih terperinci.

1. Sistem Penghantaran Bahan Api

Suatu ketika dahulu, sistem penyampaian bahan api yang menggunakan karburetor, dan kami pasti, masih ramai menggunakannya lagi. Peranti ini mencampurkan bahan api untuk membuatkannya sesuai untuk pembakaran dalam enjin, satu proses yang mekanikal sepenuhnya. Apabila sejuk, enjin memerlukan campuran bahan api yang lebih banyak/kuat untuk dihidupkan (nampak kenapa kita perlu menekan pendikit semasa menghidupkan enjin?). Satu litar mula dibina ke dalam karburetor di mana pembukaan dan penutupan injap dikawal oleh spring yang mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila sejuk. Spring tersebut disambungkan ke injap choke karburetor. Apabila suhu luar kereta sejuk , spring menguncup dan menarik (menutup) injap, menyebabkan aliran udara terhad . Dengan aliran udara yang kurang, lebih banyak bahan api disedut ke dalam karburetor , menyebabkan campuran bahan api yang lebih kaya/banyak diperlukan untuk menghidupkan enjin yang sejuk. Apabila enjin mula memanas , spring yang peka suhu tadi mengembang dan menarik (membuka) injap choke untuk membenarkan lebih banyak udara masuk untuk menghasilkan campuran bahan api mantap (keadaan enjin panas).
Hari ini, melalui penggunaan sensor elektronik, sistem prestasi kawalan komputer mengukur kedua-dua udara di luar dan suhu penyejuk dan menyesuaikan campuran bahan api itu dengan sewajarnya (sistem suntikan bahan api elektronik).

2. Sistem pencucuhan

Sebelum teknologi komputer mula diguna-pakai, sistem pencucuhan api yang dihasilkan kereta lama beroutput rendah dan tidak konsisten. Sistem tersebut terdiri daripada pengedar pencucuh, palam, kondenser, pemutar, “cap” pengedar, gegelung pencucuhan, dan wayar. Terdapat tetapan keras ke atas “point” pencucuhan dan terlalu sedikit fungsi penyesuaian automatik. Sistem pencucuhan hari ini dikawal secara elektronik menyebabkannya boleh menyesuaikan output pencucuhan dengan sendirinya secara automatik.
Sistem lama itu digantikan dengan modul pencucuhan, ECM (Modul Kawalan Enjin) dan pelbagai fungsi gegelung. Sistem ini secara automatik menyesuaikan sendiri berasaskan kepada keadaan suhu sekeliling dan tuntutan yang diletakkan pada enjin. Plug bertahan lebih lama dan membakar lebih panas daripada sebelumnya, dan sistem ini beroperasi tanpa masalah kini.

3. Minyak pelincir kurang bermutu

Menghidupkan enjin sejuk biasanya sesuatu yang sukar kepada enjin lama. Pada asasnya, pelincir tidak mengalir dengan baik apabila berada dalam keadaan sejuk , menyebabkan permukaan pertemuan antara komponen menjadi kering. Disebabkan itu, pelinciran permukaan ini adalah amat penting sebaik sahaja enjin dihidupkan yang menyebabkan aktiviti memanaskan enjin satu kewajipan sebelum memandu. Tambahan (additive) kimia ke dalam minyak pelincir semenjak beberapa dekad lama digunakan untuk menghasilkan minyak pelincir yang boleh mengekalkan kelikatannya( kadar aliran ) dalam semua suhu dan di bawah keadaan yang teruk dan tidak menentu pada enjin pembakaran dalaman.  Seperti apa yang kami terangkan dalam nukilan lepas (5 Mitos Minyak Pelincir), minyak pelincir (yang sudah terdapat additive dalamnya) sudah cukup untuk menggerakan enjin kita hari ini tidak kira apa jua suhu atau keadaan sekali pun. Anda hanya memerlukan 30 saat sahaja untuk membiarkan minyak enjin/pelincir melengkapkan satu kitaran.
perlukah memanaskan enjin-arenakereta2

Bagaimana pula alam sekitar?

Menjawab kepada soalan salah seorang pembaca AK, di sini kami bawakan apa yang dikatakan oleh Kementerian Alam Sekitar Kanada tentang pemanasan enjin tiap pagi dan kereta yang berada dalam keadaan “idling”:-
  • Enjin dalam keadaan “idling” melepaskan dua kali ganda asap berbanding kenderaan yang bergerak.
  • Jika setiap pemandu di Kanada tidak “idling” selama 5 minit sehari, sebanyak 1.6 juta tan karbon dioksida dapat dielakkan daripada yang dilepaskan ke udara .
  • Tidak lebih daripada 30 saat “idling” diperlukan untuk minyak melalui enjin anda. Banyak komponen lagi hanya akan panas apabila kereta mula bergerak.
  • Sepuluh saat “idling” menggunakan bahan api lebih daripada apa yang digunakan untuk menghidupkan semula (restart) enjin.
  • “Idling” boleh merosakkan enjin anda kerana ia tidak beroperasi pada suhu kemuncaknya di mana bahan api sepatutnya terbakar sepenuhnya. Sisa bahan api daripada pembakaran tidak lengkap boleh merosakkan bahagian dalaman enjin .
  • “Idling” kenderaan selama 10 minit sehari menggunakan purata 100 liter minyak setahun.
Bagaimana? Diharap info di atas cukup meyakinkan anda untuk tidak memanaskan enjin anda setiap pagi (melainkan anda menggunakan kereta yang masih menggunakan karburator).