Kenapa Komando "SAYAP VAT69" ni sangat ditakuti Musuh ?




Sejak krisis pencerobohan pihak Kesultanan Sulu di Lahad Datu, nama unit Komando VAT 69 sering diperkatakan di mana sahaja. Tapi, tahukan anda apa itu Komando VAT 69 dan sejarah penubuhannya? Pasti ramai di antara kita yang fikir bahawa Komando VAT 69 ini dari unit tentera. Sebenarnya komando VAT 69 iaitu Very Able Trooper ini asalnya anggota polis hutan pada zaman komunis dahulu.


Sedikit Sejarah Penubuhan Komando VAT 69

Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan Komando 69 dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment (SAS) telah dihantar ke Fort Kemar, Perak untuk melatih platun percubaan Komando 69. Di akhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama Komando 69. Kalau nak tahu, British SAS ni merupakan komando terbaik di dunia. Sesiapa yang minat game Modern Warfare- Call Of Duty mesti tahu pasal SAS nie.



Ahli-ahli perintis anggota Komando 69 Gerakan Khas



Anggota Komando 69 semasa menjalani latihan menembak HK MP5 di lapang sasar. Perhatikan salah seorang anggota unit ini cuba menembak melepasi celah jari jurulatih ke papan sasaran dengan menggunakan peluru hidup. Latihan sebegini amatlah menguji kemampuan seseorang penembak terutamanya menembak ke arah sasaran yang sukar, lebih-lebih lagi sekiranya berhadapan dengan pihak musuh yang menggunakan tebusan.


Kenapa Komando VAT 69 Sangat Digeruni Musuh?

Sebelum pihak ATM mendarat di Lahad Datu, Sabah, ramai yang meragui tentang kebolehan pihak komando VAT 69 dalam menjalankan misi keamanan di sana. Namun masih ada yang keliru dengan sistem unit anggota pegawai polis. Pihak komando VAT 69 memang cukup digeruni musuh kerana mereka ternyata dilatih dengan beberapa siri latihan yang sangat berat. Jadi tidak hairanlah jika mereka juga turut ditempatkan dalam siri menentang pihak penceroboh di Sabah.




Kenapa Komando VAT 69 Amat Digeruni Pihak Musuh?

1. Saya ingin ceritakan pasal batalion badge 69. Terdapat gambar kerambit di kiri dan kanan dan lembing di tengah2. Maksud lembing adalah dia adalah raja di hutan. Kerambit pula bermaksud membunuh musuh dengan cara senyap seperti terkena senjata kerambit. Tahu-tahu perut bocor, usus terkeluar.

2. Pun begitu, realitinya kami anggota operative Vat 69 selalunya low profile. Tidak pernah mengisytiharkan diri kami adalah komando 69. Tiada logo digunakan semasa operasi. Kami juga adalah kawan baik kpd orang asli. Sekira bertemu dengan orang asli, OA akan panggil diaorang ‘orang kampung’. Operasi sekitar 80an di hutan ulu Perak, kami pernah ditugaskan untuk menawan kem dan membunuh musuh (bandit).

Apa yg sering menarik perhatian pasukan2 sahabat lain, adalah cara kami approach pasukan mereka. Selalunya kami memberitahu daripada BN 2 PPH atau polis biasa. Tetapi yg mereka musykil & binggung, angota kami bergerak, berkemas dengan pantas. Itu yg selalu membuatkan pasukan lain seperti tentera atau polis sempadan Thai tergamam. Yg dihantar cuma 2 seksyen sahaja. lebih kurang 12 orang. Tetapi seorang operative memiliki bermacam2 kemahiran.

3. VAT 69 juga memang diajar low profile. Sebabnya skill dan kemampuan pasukan ini diumpamakan ‘killing machine’. Macam2 kemahiran ada seperti CQB, HALO/HAHO, Demolitian, Medical Combat, Sniper, Bodyguarding, Combat Diver, Survivor, Pandu Arah dan macam2 lagi. Kami juga pernah mengikuti kursus bersama PASKAL di Lumut, serta latihan bersama pasukan2 lain di Asahan Melaka, seperti Pasukan Komando Thailand, Komando Darat Singapura dan Komando Siliwangi Bandung.

Yg seronoknya kami operative 69 berambut panjang dan sering berpakaian selekeh. Ada bertanya kenapa bandit takut kepada pasukan Komando VAT 69 kami? Kerana operative kami menjalankan tugas bersama dengan SB (Inteligen Teknikal) yg terkenal kepakaran penyamaran. Selalunya operasi rahsia ini membuahkan kejayaan dan kemenangan bagi pasukan keselamatan dan negara.