Suami saya berkahwin dengan seorang anak dara masa saya tengah dalam berpantang anak kedua..masa tu baby saya nak masuk umur 3 bulan..sepanjang kehamilan saya,suami tak pernah nak take care saya..yang dia tahu hanya memegang telefon 24 jam..dan dia merupakan seorang cikgu..mengajar sains dan mate..seorang yang berkelulusan tinggi dan saya hanyalah seorang kakitangan kerajaan yang bertaraf diploma sahaja.
Berbalik pada cerita saya,suami banyak berfoya-foya di luar..kekasih tak payah cakap la..anak pun tak sempat bermanja dengan dia..balik sekolah,terus keluar..kalau saya tanya,dia marah saya..saya dimaki hamun,dicerca. Dia tak pernah nak hargai yang saya mengandungkan zuriat dia selama 9 bulan..subhanallah.
Saya dah terlalu makan hati dengan dia..dia tak pernah menjaga maruah saya..saya bukan nak aibkan dia..tambah-tambah lagi,dia seorang yang berkerjaya dan berprofesion..dia pernah herdik saya depan jiran disebabkan perkara yang kecik saja..suami juga sentiasa menonton video lucah..saya pernah tegur dia,tapi,dia marah saya balik..dia cakap,kubur masing-masing..begitulah senario hidup saya yang tak pernah nak kecapi kebahagiaan rumahtangga bersama anak dan suami.
Saya juga mendapat tau yang dia sudah madukan saya..duit tak bagi,barang-barang anak tak beli..tapi,gatal nak bini lagi sorang..cukup di sini saya tegaskan bahawa kebanyakan lelaki di dunia ni hanya berpoligami semata-mata untuk melepaskan nafsu sahaja..bukan sebab atas dasar sayang atau tanggungjawab.
Dan sekarang,saya menunggu mahkamah jatuhkan talak kepada saya sebab si dia tak nak ceraikan sampai bila-bila dan pernah mengugut saya nak gantung saya tak bertali..biarpun awak suami dan kuasa talak tu di tangan awak,tapi,saya percaya pada ketentuan Allah swt..dalam hati saya,sudah tak ada nama awak..awak sememangnya lelaki dayus!!..sori to say..tak mampu tapi,perasan mampu..i knowing u since 10 years ago.
Adik-beradik suami pernah cakap pada saya,kenapa nak cerai? Takpe la bermadu pun..lagipun,si dia mampu..amboi,sedapnya mulut u alls..wei,yang menanggung sakit tu aku,bukan ko..nanti terkena kat batang hidung sendiri baru tau langit tu rendah.
Maafkan saya jika ada yang terasa dengan luahan saya pada malam ni..saya hanya nak kongsi pengalaman saya..daripada hidup terus makan hati,baik saya berlalu pergi dulu dari hidup dia..sekarang,hidup saya sentiasa dimurahkan rezeki..dan yang paling penting,hidup saya dah tenang..syukur alhamdulillah