10 kesalahan yang dikesan didalam filem Polis Evo

Semua tahu yang filem Polis EVO adalah filem terbaik sepanjang tahun 2015 dan merupakan filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman dengan kutipan sebanyak RM 17.30 juta yang mula ditayangkan 17 September 2015 di seluruh pawagam tanah air dan sekarang sedang ditayangkan di Astro Ria.
Memandangkan filem ini mendapat kutipan tertinggi sepanjang zaman dan ramai yang bercerita tentang kehebatan filem lakonan mantap Zizan Razak danShaheizy Sam ini, sudah pasti filem ini mendapat perhatian umum.
Tetapi, tahukah anda filem Polis EVO ini mempunyai kesilapan yang agak ketara dan dengan kata lain, tidak logik.
1) Khai melompat di tempat yang sangat sempit – Khai melompat ke arah hadapan kereta dengan jarak yang agak jauh tetapi tidak mengenai kereta tersebut.
2) Monopod serta handphone Khai ghaib – Selepas membunuh semua penjenayah, Khai keluar dari kawasan tersebut dengan melenggang dan tangan tidak memegang apa-apa, sampai di luar kawasan tersebut tiba-tiba Khai menyerahkan monopod bersama handphone’nya kepada anggota nya yang berada di luar.
3) Inspektor Sani bertugas di kampung sendiri – Agak pelik dan tidak munasabah bagi seorang anggota polis yang berpangkat Inspektor terus bertugas di negeri kelahiran sendiri (Terengganu), lebih-lebih lagi berdekatan dengan kampungnya sendiri. Biasanya, anggota Polis akan bertugas luar dari negeri sendiri sekiranya baru bertugas. Inspektor Sani mungkin baru bertugas sekitar 4 hingga 5 tahun kerana pangkat masih Inspektor dan usianya yang masih muda.
4) Pegawai Polis simpan baju seragam dan barang-barang peribadi dalam locker – Seorang pegawai polis yang berpangkat Inspektor seperti Inspektor Sani dan Inspektor Khai mempunyai bilik pejabat mereka tersendiri. Inspektor Khai adalah seorang detektif yang membantu tugas Inspektor Sani sudah pasti beliau tidak memerlukan locker untuk menyimpan baju seragam.
5) Pegawai Polis ditembak bertalu-talu di bahagian dada tetapi cedera sahaja – Keempat-empat anggota polis di hospital ditembak dengan berdas-das peluru di bahagian dada, tetapi dilaporkan cedera sahaja. Hebat!
6) Kereta bergerak sendiri tanpa pemandu – Kereta proton Preve yang mengejar penjenayah terbalik apabila melanggar kereta rakannya sendiri, yang peliknya kereta tersebut tiada pemandu. Mungkin pemandu sempat keluar dari kereta tesebut?
7) Tangan Khai kalis asid – Semasa Khai memutuskan tali yang digunakan penjenayah mengikat tanggannya menggunakan asid sulfurik, asid tersebut sudah pasti terkena tangannya. Namun, hanya tali tersebut sahaja yang putus dan tangannya tiada cedera langsung!
8) Telefon tanpa wayar – Telefon di pondok atau markas pemprosesan dadah berdering semasa polis menggeledah kawasan tersebut. Telefon tersebut tidak memerlukan wayar memandangkan pondok tersebut di tepi laut dan tiada sebarang tiang telefon di kawasan tersebut.9) Serbuan besar-besaran hanya memerlukan 4 anggota sahaja – Selepas serbuan pertama tidak berjaya bersama-sama Unit Tindakan Khas (UTK), Inspektor Khai dan Sani membuat serbuan sekali lagi dengan hanya bantuan 2 anggota sahaja.
10) Bom meletup bawah sampan – Bom yang diletakaan oleh Inspektor Sani dan rakannya di bawah sampan penjenayah meletup sebaik sahaja sampai di darat. Bom tersebut diletakkan di bawah sampan, tetapi sampan tersebut kekal sempurna dan tidak bergoyang sebaliknya bom tersebut meletup di atas sampan.